18.1.14

On Hiatus (ahaha)

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Ececeh macam perdana menteri pulok aku ni. Heh
Okay. So berdirinya saya disini untuk menyatakan kesyukuran yang tidak ternilai- okay stop. Skema.

Okay. Back to the point.
Aku sekarang ni dalam proses menyiapkan beberapa buah cerita yang boleh dikatakan sebagai kisah benar (iyeke?) tentang aku dan kawan-kawan aku.

The characters dah ada, but storyline dia tu agak lembab dan cetek.
I mean, aku tulis cerita tu secara tidak menyeluruh. Kata nak tulis kisah benar kan?

But aku terlalu malas untuk mengumpul 'data-data' yang berkaitan dari kawan-kawan aku.
Lagipun, dengan kesibukan aku di sekolah, dengan PBS yang meronta-ronta minta disiapkan lagi (hiperbola), memang proses nak menyiapkan stories ni slow gila tahap siput sedut (more hiperbola).

Masa yang aku habiskan di sekolah lagi banyak berbanding di rumah.
Seharian kat sekolah dari pagi sampai petang. Dari pukul 7 pagi sampai pukul 3 petang. Itu pun tak termasuk masa ko-kurikulum. Memang pack betul jadual kitorang tahun ni.

So, kepada kawan-kawan aku yang entah baca entah tidak entry ni, korang tunggu je lah. Stories tu di'jangka' (haha) siap tahun depan. Itu pun kalau aku rajin nak menulis. Kalau tak, hmm, tunggulah sampai bulan jatuh ke riba. Heh

Ciao~

22.11.13

Assalamualaikum


Alhamdulillah.

Dari dulu lagi aku berhasrat nak buat sebuah blog,
 sebuah blog yang boleh aku kongsikan imaginasi ku yang selalu muncul tanpa diduga, 
idea-idea ku yang sering tercetus secara tiba-tiba,
dan ilham-ilham yang ku peroleh dari Ilahi.

Oleh yang demikian, tercipta lah blog ini,
yang bakal memaparkan kisah-kisah,
cerita-cerita,
dan fanfic-fanfic,
yang dicoretkan oleh tangan ku yang mulus ← okay, ini tipu

 Jap nak copypaste ayat dari blog lama.

"But, 
  I'm still an amateur.
  I don't intend to be a writer.
  I'm just writing for fun. "

Hahaha abaikan 'but' tu, 
I'm too lazy to remove it.

Chill~