18.1.14

On Hiatus (ahaha)

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Ececeh macam perdana menteri pulok aku ni. Heh
Okay. So berdirinya saya disini untuk menyatakan kesyukuran yang tidak ternilai- okay stop. Skema.

Okay. Back to the point.
Aku sekarang ni dalam proses menyiapkan beberapa buah cerita yang boleh dikatakan sebagai kisah benar (iyeke?) tentang aku dan kawan-kawan aku.

The characters dah ada, but storyline dia tu agak lembab dan cetek.
I mean, aku tulis cerita tu secara tidak menyeluruh. Kata nak tulis kisah benar kan?

But aku terlalu malas untuk mengumpul 'data-data' yang berkaitan dari kawan-kawan aku.
Lagipun, dengan kesibukan aku di sekolah, dengan PBS yang meronta-ronta minta disiapkan lagi (hiperbola), memang proses nak menyiapkan stories ni slow gila tahap siput sedut (more hiperbola).

Masa yang aku habiskan di sekolah lagi banyak berbanding di rumah.
Seharian kat sekolah dari pagi sampai petang. Dari pukul 7 pagi sampai pukul 3 petang. Itu pun tak termasuk masa ko-kurikulum. Memang pack betul jadual kitorang tahun ni.

So, kepada kawan-kawan aku yang entah baca entah tidak entry ni, korang tunggu je lah. Stories tu di'jangka' (haha) siap tahun depan. Itu pun kalau aku rajin nak menulis. Kalau tak, hmm, tunggulah sampai bulan jatuh ke riba. Heh

Ciao~